BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 18, 2010

CASUALTY FAKE-UP COURSE

Casualty Fake-up Course atau Kursus Stimulasi merupakan kursus yang mendedahkan para ahli SJAM dengan bahan-bahan dan juga kemahiran menyolek individu yang akan menjadi mangsa dalam aktiviti-aktiviti SJAM seperti Pertandingan Pertolongan Cemas dan juga Mock Exercise. Mangsa-mangsa ini akan disolek agar kelihatan seperti mangsa kebakaran, mangsa kemalangan dan sebagainya yang melibatkan luka melecur, patah, terbakar, luka terhiris, anggota badan seperti jari atau telinga terputus dan sebagainya...


Pada peringkat awal, para peserta akan didedahkan dengan bahan-bahan yang digunakan seperti tepung, pewarna, garam dan sebagainya. Seterusnya para peserta akan didedahkan dengan cara-cara menyediakan doh dan juga darah.. Peringkat yang seterusnya, para peserta akan diajar kemahiran menyolek agar ianya kelihatan asli dan 'real'. Diakhir kursus ini, pelajar akan mempraktikkan segala teori yang telah dipelajari dalam kumpulan untuk memastikan para peserta dapat menguasai kemahiran ini dengan baik.

0 comments: